Saturday, March 26, 2011

Egypt after revolution I

Study leave. x_x

Garis Panduan Keselamatan Kedutaan Besar Malaysia Kaherah Tahun 2011

Keadaan dan Maklumat Semasa Mesir

Mulai 11 Febuari 2011, Negara Republik Arab Mesir (Mesir) diperintah dan ditadbir oleh Majlis Tertinggi Angkatan Tentera dan Kerajaan Sementara (Interim) Mesir.

Waktu perintah berkurung masih berkuatkuasa pada setiap hari di seluruh Mesir dari jam 12.00 tengah malam sehingga 6.00 pagi.

Semua pejabat Kerajaan, institusi pengajian, pusat kesihatan,premis perniagaan, perbankan dan sistem pengangkutan awam secara amnya telah beroperasi seperti biasa.

Pasukan polis telah mula kembali bertugas secara berperingkat. Namun waktu tindak balas (response time) oleh pihak polis dijangka tidak menepati keperluan sebarang kecemasan.

Pihak tentera masih berada di beberapa kawasan dan premis strategik seperti di luar bangunan-bangunan kerajaan.

Tunjuk perasaan dan mogok masih berlaku ditempat-tempat dan pada masa-masa tertentu yang tidak melibatkan kekacauan ataupun keganasan yang melampau.

 

Langkah-langkan pencegahan dan Keselamatan
Patuhi arahan perintah berkurung yang dikeluarkan oleh kerajaan Mesir

Utamakan keselamatan diri dan simpan dokumen-dokumen penting seperti passport serta barang-barang berharga di tempat yang selamat.

Sentiasa peka dan waspada kepada persekitaran dan kemaskini maklumat semasa melalui media massa.

Simpan bekalan makanan dan minum untuk tempoh sekurang-kurangnya 3 hari.

Pastikan supaya dokumen pengenalan diri seperti kad pelajar ataupun passport dibawa bersama apabila melakukan perjalanan keluar dari rumah/kediaman.

Pastikan anda dapat dihubungi dengan mudah dan sentiasa memberikan maklumat perhubungan anda yang terkini kepada Education Malaysia Cairo (bagi pelajar Malaysia).

Tidak melibatkan diri dalam sebarang jenis perhimpunan yang dianjurkan oleh masyarakat tempatan sama ada di tempat terbuka atau tertutup atau dalam ataupun luar kampus universiti.

Elakkan dari berjalan-jalan/bersiar-siar di waktu malam atau apa pun berjalan berseorangan terutamanya bagi pelajar wanita.

Bagi para pelajar, sebarang aktiviti sama ada secara individu ataupun berkumpulan yang ingin dijalankan mestilah mendapat pandangan dan kelulusan daripada pejabat Education Malaysia Cairo.

Too Phat – Anak Ayam

-,- ZzZ

No comments: