[1]
Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya,
[2]
Serta bumi itu mengeluarkan segala isinya,
[3]
Dan berkatalah manusia (dengan perasaan gerun); “Apa yang sudah terjadi kepada bumi?”
[4]
Pada hari itu bumipun menceritakan khabar beritanya:
[5]
Bahawa Tuhanmu telah memerintahnya (berlaku demikian).
[6]
Pada hari itu manusia akan keluar berselerak (dari kubur masing-masing) – untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) amal-amal mereka.
[7]
Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!
[8]
Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!
-Al-Zalzalah-
11/3/2011 – Gempa di Jepun
Hari ni Alex pun bergegar kesan gempa di Greece. Greece tak jauh. Seberang laut Medi sana je..
Apa sudah terjadi kepada bumi?
Sabda Rasulullah s.a.w :
لَا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يُقْبَضَ الْعِلْمُ وَتَكْثُرَ الزَّلَازِلُ وَيَتَقَارَبَ الزَّمَانُ
Yang bermaksud : Tidak akan tiba hari kiamat hingga dicabutnya ilmu, banyak terjadi gempa bumi, dan masa dirasakan berdekatan. (HR. Al-Bukhari, dari sahabat Abu Hurairah)
No comments:
Post a Comment