Friday, June 3, 2011

Unta dan Iskandariah

Post ini hanya menceritakan tentang haiwan. Read at ur own risk.

Kejutan yang dibuat oleh segerombolan lipas apabila kaki melangkah ke dapur tadi menyebabkan aku menulis post ni. Bukan sekor dua, berpuluh-puluh kot. Kalau kau bayangkan puluh-puluh tu 60-70, kau salah..ada la dalam 20. Namun, kau tak rasa melampau ke untuk debut sedemikian dalam satu malam? Tak pasal pulak dalam hal ini aku yang dapat watak antagonist; pembunuh bersiri.

Rata-rata mereka yang berada di benua Asia, Eropah dan Antartika, apabila disebut sahaja Mesir neuron mereka ligat memproseskan gambaran sebuah gurun padang pasir dengan pancaran matahari yang terik, semuanya seakan-akan berwarna brown to orange, ditambah dengan angin yang menerbangkan pasir dan tidak lupa juga pokok-pokok kaktus dan seekor atau dua ekor unta yang terkebil-kebil seksi. Dan kalau kau kretif sikit, kau akan tambah muka pak arab, khemah dan mengkarung [dob] dalam gambaran tu. Paling kurang pun kau akan terbayang cerita ayat-ayat cinta. kan?

Jadi kalau lu orang ingat aku kat sini dalam perjalanan ke sekolah perlu melalui padang pasir ketemu pula dengan seekor dua unta. Kau semua silap! Alex merupakan bandar tepi pantai, bukan padang pasir. Unta hanya boleh ditemui di dalam zoo dan sekitar raya haji di atas trak! Maka kebarangkalian untuk melihat unta hanyalah 0.0027 dalam setahun. See betapa rare nya untuk untuk ditemui. Kalau perkampungan orang Nubyan [ke?] kat Luxor memang taraf haiwan peliharaan r kat sana.

Bila balik Malaysia dan orang duk tanya pasal daging unta, pernah makan ke tidak? Aku rasa agak loser bila aku jawab pernah makan sekali je. Ces, macam orang pergi haji je makan sekali, kata duk kat Mesir. Kalaulah kau tahu daging unta tu mahal. Time raya haji, untuk satu bahagian daging unta mampu cecah hingga 700-800 genih kot. Darab 7 bahagian, sekor berapa?

Bila tengok gaya unta rebahkan diri bila nak duduk, bagi aku paling amazing. huhu..~




Gud nite.

No comments: